Sunday, August 29, 2010

Ingatkan Saya...

Nak mintak tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya....
Andai saya terlupakan Tuhan,
dalam kelapangan dan kesibukan,
dalam kesenangan dan kesusahan,.

Tolong ingatkan saya...
Jangan jadi anak derhaka,
mak ayah jangan dilupakan,
usah dilukai hati dan perasaan,.

Tolong ingatkan saya...
Dengar dan bacalah al-Quran,
tika radio penuh hiburan,
tika tv penuh hindustan,.

Tolong ingatkan saya...
Di mana Islamnya zahirku,
jika aurat didehkan,
disingkat dan diketatkan,.

Tolong ingatkan saya...
Jadilah sahabat yang baik,
sentiasa memberi peringatan,
sentiasa menerima teguran,.

Tolong ingatkan saya...
Kalau bercinta biar kerana-Nya,
dalam memilih utamakan iman,
kelak ikatan dihindari syaitan,.

Hidup ini satu kembara,
kutiplah mutiara dalam perjalanan,
moga di sana menjadi bekalan,
Insya Allah...


this is me...

My photo
Johor Bharu, Pontian, Malaysia
hye.. :)) aq laaa "penanti bahagia"... nama aq adlh Uzwatul Akma binti Bahrodin... just call me Akma., but i'm okeyy if u want to call me any name as long as it suits me.. ohhh,,, i'm a slAmber person, okkey! ♥ peNanTi bAhagIa ♥ ♥smile always... ♥3 things of life that are more valuable ~ Love, self-confidence n friends... ♥A faithful friends is the medicine of life... ♥Where there is love, there is life... ♥I have a big family! my siblings is 10 . I have mom n dad that i love so much!!!. we are happy family! okey!!! ♥I'm single!!!